Thursday, July 31, 2008

Spyware

Spyware
Baru-baru ni laptop sy diserang spyware mengakibatkan laptop sy rosak dan terpaksa berada d rumah sakit selama 2 hari. Serangan spyware tu telah menyebabkan wallpaper laptop menjadi biru secara tiba-tiba dan muncul perkataan komputer di serang spyware. Alangkah sedihnya saya. Tak sangka juga boleh jadi macam tu sekali. Walau apapun semuanya salah saya juga sbb tak download antivirus d laptop. hehe. Hari tu dah ada tp expired. Pastu malas nak cari antivirus. Selepas berbincang dgn kwn chat tentang keadaan laptop sy didapati laptop sy berada dalam keadaan kritikal. Oleh itu, keesokkannya sy terpaksa antar pi kedai komputer di centre point dengan bayaran RM40. Setelah diperiksa oleh pekerja kedai tersebut. Pekerja kedai tersebut memberitahu bahawa laptop sy diserang spyware. Pekerja itu memberitahu bahawa antara sebab serangan spyware ini terjadi adalah semasa kita mendownload antivirus di internet. Ia merupakan salah satu trick orang berniaga di internet supaya pengunjung membeli antivirus dari sykt tersebut. Perkara itu berlaku juga terhadap sy. Sy tak pasti bila saya terdownload antivirus di internet tapi tiba2 muncul di skrin that my computer was infected by 2496 virus dengan segera. Terkejut sy melihatnya dan selepas itu wallpaper sy menjadi biru. Sejurus selepas itu, sambungan internet laptop sy juga turut terputus. Sedihnya kan.

Ok apa sbnrnya spyware ini. Saya perolehi maklumat ini dari kawan sy lah yang merupakan pakar komputer..hehe
Spyware dikenali juga sebagai perisian pengintip iaitu satu program yang memasang dirinya sendiri tanpa pengetahuan pengguna laptop dan biasanya ia akan memantau pergerakkan pengguna, malah lebih parah lagi ia juga akan mengawal penggunaan komputer itu.

Antara gejala yang menandakan komputer anda dijangkiti spyware ialah:
  • Ia akan mengalihkan kunjungan anda dari suatu laman web ke laman web yang lain.
  • Iklan pop-up
  • Capaian internet menjadi perlahan
  • Prestasi komputer menjadi lembab
  • Komputer menjadi tidak stabil
Terdapat beberapa perisian antispyware percuma seperti:

Ok setakat ini perkongsian ari ni..:P

Spyware