Oleh Noor Azlina Zainudin Berita Harian - 26/03/02
Selain pengawas, ketua kelas juga memainkan peranan penting dalam usaha memastikan murid mematuhi disiplin dan peraturan yang ditetapkan, terutama ketika berada di dalam kelas dan kawasan sekolah.
Ketua kelas lazimnya dilantik oleh guru dan rakan sekelas berdasarkan kemampuannya memikul tanggungjawab untuk mengawal murid lain dalam sesebuah kelas agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan sempurna.
Antara tugas dan peranan ketua kelas ialah mengetuai murid ketika menjalankan sebarang aktiviti dalam kelas, mengawal disiplin murid ketika ketiadaan guru, menyelia kebersihan serta keceriaan kelas serta membantu guru mengedar dan memungut buku latihan.
Sungguhpun demikian, ramai murid yang masih belum jelas dengan peranan sebenar ketua kelas. Malah, ada yang enggan mematuhi arahan yang diberikan oleh ketua kelas dengan alasan sebaya dan berada dalam kelas yang sama.
Tanggapan itu perlu dikikis kerana ketua kelas membuat teguran dan mengeluarkan arahan yang diamanahkan oleh guru bagi memastikan peraturan sekolah dipatuhi sepenuhnya.
Bagaimanapun, ketua kelas perlu membuat teguran secara lembut tetapi tegas dan tidak menggunakan perkataan yang boleh menyakitkan hati atau menyinggung perasaan murid lain.
Andai kata ada murid yang enggan mematuhi arahan, ketua kelas perlu melaporkannya kepada guru supaya tindakan selanjutnya boleh diambil.
Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh murid semasa ketiadaan guru di dalam kelas ialah membuat bising, keluar kelas sesuka hati, menconteng papan hitam, membuang sampah merata-rata dan bermain sesama sendiri.
Oleh itu, mengawal kelas dan memastikan murid lain tidak melakukan pelbagai kesalahan adalah antara peranan atau tanggungjawab yang perlu dijalankan oleh ketua kelas.
Selain itu, ketua kelas juga perlu memastikan murid menjalankan tugas membersih dan menjaga kebersihan kelas setiap hari bukan sahaja sebelum kelas bermula, malah sepanjang waktu persekolahan.
Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Selasih, Encik Ahmad Fuad Said, berkata lazimnya ketua kelas dilantik secara undian di dalam kelas.
Katanya, murid dalam sesebuah kelas dipertanggungjawabkan memilih ketua masing-masing dan bukannya guru. Ini kerana selalunya murid sesebuah kelas itu lebih tahu siapa di kalangan mereka yang jujur dan boleh menjalankan tugas dengan baik.
“Saya memberi tempoh percubaan selama dua minggu selepas proses pengundian itu untuk memastikan murid yang dilantik sebagai ketua kelas benar-benar berwibawa dan mampu menjalankan tugasnya dengan sempurna.
“Jika tidak, proses pengundian perlu dijalankan semula untuk memilih murid lain yang lebih layak,” katanya.
Encik Ahmad Fuad berkata, ketua kelas yang dipilih perlu memiliki tahap disiplin yang tinggi dan sedia menerima tugas yang diamanahkan kepadanya.
Sementara itu, Ketua Kelas Tahun Lima Amanah, SK Jalan Gurney (2), Noor Hamizah Ahmad, berpendapat ketua kelas perlu bersikap tegas, agak garang dan berdisiplin sesuai dengan tugas mereka sebagai pembantu guru.
“Tugas sebagai ketua kelas amat menyeronokkan kerana saya dapat menjadi ketua kepada murid lain yang sebaya dan memberi arahan kepada mereka untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang diamanahkan oleh guru.
“Bagaimanapun, ada juga murid yang suka melawan dan tidak mahu mendengar arahan yang saya berikan.
Dalam kes begini, saya akan menulis nama murid terbabit dan kesalahan yang dilakukan. Setelah itu saya laporkan kepada guru kelas, Puan Arni Ahmad,” katanya.
Thursday, February 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
- ▼ 2009 (6)
-
►
2008
(17)
- ► July 27 - August 3 (1)
- ► July 6 - July 13 (1)
- ► June 15 - June 22 (1)
2 comments:
Aku kan ketua kelas tapi aq itu wanita, sedangkan temen2ku itu slalu menganggap remeh wanita. Walaupun aq catat, bilang guru tetep aja dia itu membantah perintahku. Bukannya aq sombong mentang2 ketua kelas terus perintahku harus diturutin tp kan itu salah satu tugas ketua kelas..
Terus cara ngatasin cowok2 yang kayak gitu itu gimana, ya ?
kalau saya , saya cuba fahami mereka . hormati mereka . in shaa allah suatu hari kamu akan dihormati juga . saya pun ketua kelas perempuan .
Post a Comment